TELUK INTAN: Banjir termenung di Hilir Perak sejak 23 Okt lepas berpunca daripada ban yang dibina di bawah Rancangan Tebatan Banjir (RBT) pecah di Kampung Batu 9 dan Batu 10, Changkat Jong, di sini.
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata sebelum ini kerajaan telah memperuntukkan RM10 juta khusus untuk pembinaan ban bagi mengelak kejadian banjir berulang, malah proses pelaksanaan projek terbabit masih berjalan.
Menurutnya peruntukan RM10 juta yang dilaksanakan itu dilakukan sebelum kejadian ban pecah tersebut dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) juga telah mengenal pasti berlaku kejadian sama di kawasan lain.
"Ban yang dibina mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan, tapi ada ban lain yang terputus. Itulah menyebabkan air masih berterusan masuk.
"Air jika ada lubang sedikit pun ia akan masuk secara menderu hingga menyebabkan ban pecah yang mengakibatkan banjir dan sukar untuk mengalir keluar ke sungai. Ini menyebabkan air mengambil masa lama untuk surut," katanya dalam sidang media selepas melawat mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan Serbaguna Chikus di sini hari ini.
Terdahulu, beliau turut melawat PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak bersama Pengerusi Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan negeri Datuk Salbiah Mohamed.
Mengulas mengenai memindahkan mangsa banjir termenung di Changkat Jong ke penempatan baharu, Saarani berkata terdapat beberapa kekangan termasuk kewangan.
"Perkara ini telah dibangkitkan sebelum ini dan cadangan supaya diberikan tapak baharu bagi menempatkan keluarga yang sentiasa dilanda banjir ini jauh dari kawasan sungai, namun ia bergantung kepada mangsa banjir itu sendiri yang harus mempunyai modal untuk bina rumah baharu.
"Kerajaan negeri boleh cari tanah untuk dirikan rumah. Premium tanah biasanya RM500 sahaja tak mahal, tetapi kos membina rumah tinggi itu belum termasuk kos infra terutama jalan masuk ke penempatan baharu itu yang mungkin menelan belanja tinggi," katanya.
Saarani berkata kerajaan negeri sudah memindahkan 15 keluarga dari Lorong Mesra Batu 7 1/2 Changkat Jong yang paling terkesan banjir sebelum ini, ke Program Perumahan Rakyat (PPR) Jalan Laksamana, Teluk Intan sejak enam bulan lepas.
Beliau berkata pihaknya juga telah meminta JPS agar memohon peruntukan tambahan daripada kerajaan Persekutuan bagi kerja-kerja pembinaan ban baharu selain menyambung semula ban yang pecah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 15 2023
Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad berkata sebelum ini kerajaan telah memperuntukkan RM10 juta khusus untuk pembinaan ban bagi mengelak kejadian banjir berulang, malah proses pelaksanaan projek terbabit masih berjalan. - Foto FB Saarani Mohamad
[TERKINI] Pemandu rempuh atlet kayak negara di bawah pengaruh alkohol
Pemandu kereta yang merempuh atlet kayak negara, Siti Nurul Masyitah Md Elis berada dalam keadaan mabuk menerusi ujian saringan penafasan yang dijalan pihak polis.
Polis tahan pemandu mabuk langgar atlet kayak hingga parah
Polis sudah menahan pemandu lelaki mabuk yang menyebabkan atlet kayak Malaysia, Siti Nurul Masyitah Elias, 22, cedera parah dalam kemalangan di Johor.
Ringgit mengukuh hampir 4.70, jaminan Fed tingkat harapan berhubung kadar faedah
Aliran meningkat ringgit berterusan, kembali kepada paras 4.70 berikutan jaminan Rizab Persekutuan (Fed) mengenai kadar faedah.
Mbappe pasti ke Real Madrid
PRESIDEN La Liga, Javier Tebas berkata, penyerang Paris Saint-Germain Kylian Mbappe akan menyertai Real Madrid musim depan.
AWANI Ringkas: Hari Belia Negara 2024 membuka tirai
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Amrin dilantik Pengerusi baharu PPZ-MAIWP
PPZ-MAIWP memaklumkan bahawa Datuk Seri Amrin Awaluddin dilantik sebagai Pengerusi PPZ-MAIWP berkuatkuasa 23 April 2024.
MASA gesa KPM tangani masalah kemiskinan digital
Dasar Pendidikan Digital hanya dapat mencapai matlamat dengan infrastruktur yang betul dan menangani isu berkaitan kemiskinan digital.
Hamas keluarkan serangan video ke atas rejim zionis
Kumpulan pejuang Hamas mengeluarkan video pada Selasa, menunjukkan serangan dilakukan ke atas kereta kebal Israel berhampiran Rafah.
Bagaimanapun, menurut Reuters, lokasi dan tarikh situasi itu dirakam tidak dapat disahkan.
Bagaimanapun, menurut Reuters, lokasi dan tarikh situasi itu dirakam tidak dapat disahkan.
Faisal mungkin dibenarkan pulang dua minggu lagi
PEMAIN Selangor FC, Faisal Halim berkemungkinan dibernarkan pulang dalam tempoh sekurang-kurangnya dua minggu lagi selepas keadaan kesihatannya bertambah baik.
Sifat 'emosi' wanita perlu dilihat sebagai satu kelebihan
Wanita seringkali dikaitkan dengan kecenderungan untuk mementingkan emosi ketika memimpin.
Namun menurut Yang Dipertua MPP Universiti Putra Malaysia Umairah Farisah Ahmad Yuzri, perkara tersebut sebaliknya boleh dilihat sebagai satu kelebihan dan bukan halangan utama untuk para wanita melibatkan diri dalam dunia kepimpinan.
Namun menurut Yang Dipertua MPP Universiti Putra Malaysia Umairah Farisah Ahmad Yuzri, perkara tersebut sebaliknya boleh dilihat sebagai satu kelebihan dan bukan halangan utama untuk para wanita melibatkan diri dalam dunia kepimpinan.
Ban Sungai Langat pecah punca banjir kilat di Kajang
Ban Sungai Langat pecah dikenal pasti antara punca kejadian banjir kilat di beberapa kawasan rendah di Kajang pada Rabu lalu.
Ban pecah punca banjir termenung di Hilir Perak - Saarani
Banjir termenung di Hilir Perak sejak 23 Okt lepas berpunca daripada ban yang dibina di bawah Rancangan Tebatan Banjir (RBT) pecah di Kampung Batu 9 dan Batu 10, Changkat Jong.
Banjir: Ban tanah pecah, penduduk damba penyelesaian mampan
Penduduk tak mahu sekadar diberi bantuan makanan setiap kali berlaku banjir, tapi perlu cari penyelesaian supaya masalah itu dapat dibendung.
Baik pulih ban pecah siap, tiada limpahan air pasang di Tanjong Karang
Kerja pembaikan dan pengukuhan ban pecah yang menyebabkan banjir di Tanjong Karang, Ahad lepas, berjaya disiapkan hari sama.
Ban pecah, Tanjong Karang dinaiki air sedalam 1 meter
Sebuah jentera bersama anggota dan bot dari Balai Bomba Tanjong Karang dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan awal pagi ini.
Ban Tanjong Karang ditambah baik, diluaskan lagi 10 meter
Ban sepanjang 15 meter pecah akibat hakisan selekoh sungai dan tekanan air pasang besar hingga menyebabkan banjir sekitar pekan.
Bomba Selangor siap siaga hadapi fenomena air pasang besar
Pihaknya akan memastikan pemantauan di sebelah pagi dan petang dibuat terutamanya di beberapa lokasi titik panas sepanjang tempoh itu.
Dua ban pecah di Tanjong Karang
Dua lokasi yang terjejas adalah Pekan Tanjong Karang dan Jalan Masjid Baroh.
Ban pecah: 30 rumah di Mukim Sungai Durian terjejas
Dua kampung yang terjejas ialah Kampung Sungai Durian dan Kampung Selat Masjid.
Ban pecah: 13,350 hektar sawah padi terjejas, beri kesan keselamatan makanan - MB Kedah
Situasi yang berlaku ketika ini menyebabkan air tidak dapat disalirkan ke kawasan sawah padi yang tertentu terutama ketika musim menanam.